Rabu, 15 Februari 2012

Cleaning process

Berita baik!! Volume 1 Glask Mask sedang dalam proses cleaning dan akan siap 2-3 hari lagi.

Rabu, 3 Ogos 2011

Ribuan Maaf

Kami di sini ingin meminta maaf atas kesulitan yang telah berlaku.
Projek kami tergendala disebabkan ahli-ahli kami yang sedang sangat sibuk dengan assignment dan projek kolej.
Kami amat menyesali perkara ini dan berharap perkara ini tidak akan berlaku lagi.
Maaf kerana pembaca sekalian menunggu.
Kami akan berusaha agar dapat mengeluarkan Bab 1- Glass Mask dengan secepat mungkin.
Kerjasama dari pembaca sekalian amat dihargai.
Sekali lagi, kami minta maaf atas kesulitan ini.
Sekian sahaja, terima kasih.

Rabu, 8 Jun 2011

Glass Mask

Projek penterjemahan manga kami yang pertama adalah manga Glass Mask dan masih dalam proses.
Manga ini merupakan manga tahun 1976 dan masih berterusan hingga ke hari ini (ongoing).


Manga ini dilukis dan dikarang oleh Miuchi Suzue.

Genre: Drama, Percintaan, Shoujo

Manga ini mengisahkan Maya Kitajima, seorang gadis berusia 13 tahun yang mempunyai bakat berlakon dan bakatnya ditemui oleh seorang pelakon, Tsukikage. Cerita ini berterusan dengan kehidupan Maya dalam mengharungi latihan intensif dan mengatasi cabaran untuk berkembang menjadi pelakon terkemuka. Saingan terbesar Maya adalah Ayumi Himekawa, perempuan yang cantik dan merupakan anak kepada pasangan pelakon filem terkenal. Mereka akhirnya berlumba untuk mendapatkan watak dalam "Crimson Goddess". Selain itu, terdapat juga plot dimana mengisahkan hubungan Maya dengan Hayami Masumi yang merupakan seorang yang kejam dan seorang yang penting dalam dunia hiburan. Beliau secara senyap-senyap meminati nombor satu Maya. Tetapi salah faham dan perkara yang berlaku pada waktu yang salah menghalang percintaan mereka.

Selamat datang ke blog kami!

Kami ingin mengucapkan selamat datang kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Kami merupakan kumpulan yang menterjemah manga (komik Jepun) kepada bahasa Melayu. Blog ini masih dalam pembinaan (macam buat bangunan pula). Selain itu, kami sedang mencari ahli-ahli baru untuk menjadi "translator" dan "cleaner".

Untuk menjadi TRANSLATOR anda perlu;
  • Menterjemah bahasa Jepun atau Inggeris kepada bahasa Melayu.
  • Mempunyai pengetahuan luas dalam bahasa Melayu.
  • Baik dalam penulisan karangan dalam bahasa Melayu.

Untuk menjadi CLEANER anda perlu;
  • Mengetahui dan mahir dalam penggunaan AdobePhotoshop, Paint atau apa-apa sahaja perisian komputer yang boleh mengedit gambar.

Sila email kepada kami jika anda berminat di  fgtranslationgroup@gmail.com  atau meninggalkan komen anda di post ini.